Julian Brown, pencipta muda dari Atlanta, Amerika Syarikat, yang menjadi tular kerana inovasi menukar plastik kepada bahan api, masih belum muncul semula secara terbuka sejak menghilang dari media sosial pada 9 Julai 2025. Namun, ibunya, Nia Brown, mengesahkan anaknya selamat dan berada dalam keadaan baik walaupun tidak mendedahkan lokasi atau butiran lanjut.
Tiada laporan orang hilang difailkan
Pihak Polis Atlanta mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan orang hilang difailkan atas nama Julian Brown, sekaligus menyukarkan sebarang siasatan rasmi dijalankan. Mereka juga tidak mengesahkan wujud sebarang unsur jenayah atau campur tangan luar.
Sementara itu, media antarabangsa dan netizen terus melontarkan pelbagai spekulasi termasuk dakwaan Julian sedang bersembunyi atas faktor keselamatan. Sebahagian pula mendakwa Julian mungkin ditekan oleh pihak berkepentingan susulan ciptaannya yang berpotensi menggugat industri bahan api tradisional.
Baca juga:
Hilang selepas muat naik mesej misteri
Julian sebelum ini mencetuskan kebimbangan ramai apabila dia memuat naik video terakhir dengan mesej:
“Ada sesuatu sedang berlaku. Tolong doakan saya. RAKAMKAN SKRIN INI. Saya sendiri tak pasti.”
“Saya memang sedang diserang. Saya tak boleh dedahkan terlalu banyak.”
Sejak itu, tiada sebarang aktiviti dikesan daripada akaun media sosialnya, termasuk Instagram @naturejab_ yang sebelum ini aktif mempromosi projek “Plastoline”.
Sokongan awam meningkat
Orang ramai terus menyatakan sokongan dengan melancarkan tagar #WheresJulianBrown dan menyumbang ke laman GoFundMe beliau yang kini mengumpul lebih AS$30,000. Kempen tersebut bertujuan membiayai pembangunan versi komersial bagi mesin Plastoline yang direka Julian untuk mengitar semula plastik kepada bahan api.
Sumber: The Sun, Times of India, Hindustan Times
The post Lelaki ubah plastik jadi bahan api, hilang sejak 3 minggu lalu appeared first on The Reporter.

