
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengugut untuk mencederakan neneknya di sini bulan lepas.
Ricky Marcus mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Yusdi atas tuduhan menakut-nakutkan seorang Ana Papang pada 28 Nov, di sebuah rumah di Kg Rampayan, Manggatal, pada 7.30 malam.
Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menyatakan pada hari tersebut Ricky mengamuk di dalam rumah dan mengugut untuk mencederakan mangsa serta membakar rumah tersebut.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more Menurut datuk Ricky, yang merupakan pengadu dalam kes itu, kejadian seumpama itu telah berulang kali berlaku dan memutuskan untuk membuat laporan polis terhadap Ricky.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 43 tahun dipenjara enam bulan kerana menyimpan motosikal curi.
Henry Jerry Miasin mengaku memiliki motosikal Yamaha Lagenda milik seorang Islamad Amir pada 1 Dis, jam 10 malam, di sebuah rumah di Kg Tebobon Bukit, Manggatal.
Pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Mahkamah mendengar daripada pihak pendakwaan bahawa mesin itu dilaporkan dicuri pada 16 Okt lepas di Taman Buah Pinang, Tebobon.
Sementara itu, seorang lagi lelaki dipenjara sebulan kerana memiliki troli dipercayai dicuri.
Basrie Amil mengaku bersalah memiliki troli itu yang gagal diberikan penjelasan bagaimana dia memperolehnya, pada 30 Nov, jam 4.20 petang, di sebuah rumah di Jalan Stesen Pertanian, pekan Tuaran.
Dia didakwa mengikut Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Yusdi Basri.


