Ugut Nenek Mahu Bakar Rumah, Cucu Lelaki Dipenjara 12 Bulan Di Sabah

6 Dec 2024 • 5:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ugut Nak Cederakan Nenek Dan Bakar Rumah

Ugut Nenek Mahu Bakar Rumah, Cucu Lelaki Dipenjara 12 Bulan Di Sabah. Kisah jenayah kecil tetapi penuh drama kembali menghiasi tajuk berita di Sabah. Dalam kejadian baru-baru ini, seorang lelaki muda berusia 22 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan selepas didapati bersalah mengugut neneknya sendiri di Kg Rampayan, Manggatal.

Pada 28 November lalu, Ricky Marcus, yang tinggal bersama neneknya Ana Papang, “mengamuk” di rumah mereka sekitar jam 7.30 malam.

image is not available
Ugut Nenek Mahu Bakar Rumah, Cucu Lelaki Dipenjara 12 Bulan Di Sabah. Gambar hiasan

Keadaan bertambah tegang apabila Ricky bukan sahaja mengugut mencederakan neneknya, tetapi juga mengancam untuk membakar rumah.

Kejadian seperti itu telah berulang kali berlaku

Menurut laporan media tempatan, kejadian seperti ini bukan kali pertama berlaku. Datuk Ricky akhirnya membuat keputusan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Hasilnya, Ricky didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Ricky mengaku bersalah dan kini akan menghabiskan setahun di balik tirai besi untuk merenungkan tindakannya.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes ugut-mengugut di Sarawak: