Lelaki warga asing maut terjatuh dari tingkat 39

15 Jan 2025 • 8:35 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga asing maut selepas terjatuh dari tingkat 39 sebuah bangunan residensi di Jalan Yap Kwan Seng di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.39 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 29 tahun yang merupakan penduduk di residensi terbabit. 

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan anggota badannya tidak sempurna. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Pemeriksaan lanjut di kediaman mangsa tidak menemui sebarang nota,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan kejadian masih diteruskan dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan mayat mangsa dalam keadaan yang tidak sempurna di atas kawasan laluan pejalan kaki berhampiran bangunan residensi itu. - 15 Januari, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved