Lelaki Warga China Dikhuatiri Lemas, Hilang Ketika Mandi Di Pantai Pulau Langkawi

21 Feb 2026 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Seorang lelaki warga China dilaporkan hilang ketika mandi bersama anak lelakinya di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, semalam.

Lelaki itu dikhuatiri lemas selepas dipercayai tenggelam ketika berada di pantai berkenaan.

Menurut anak mangsa, dia menyedari bapanya hilang daripada pandangan sebelum hanya menemui topi mangsa terapung di permukaan air, lapor Berita Harian.

Artikel berkaitan: ⁠Bapa Dikhuatiri Lemas Lepas Berjaya Selamatkan Anak

Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas anak mangsa memaklumkan kejadian itu kepada pihak hotel.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Setakat ini, mangsa masih belum ditemukan dan operasi mencari mangsa dijalankan serentak dengan memantau secara berterusan terhadap keadaan arus dan ombak laut.

Semoga mangsa segera ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat. 

Sumber: Berita Harian

Sumber: Gambar Hiasan Sumber: Berita HarianSumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.