Lelaki warga China hilang selepas hantar cucu belajar di KL

27 Sep 2026 • 2:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki warga China hilang selepas hantar cucu belajar di KL
Tangkap layar rakaman video seorang lelaki warga China dikenali sebagai Ishaq dilaporkan hilang di ibu negara.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis giat mengesan seorang lelaki warga China yang dilaporkan hilang di ibu negara.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, laporan kehilangan lelaki berusia 54 tahun itu diterima pihaknya pada jam 3.36 pagi, Jumaat lalu.

"Siasatan dijalankan di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang.

"Kali terakhir telefon lelaki itu dikesan di kawasan sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, usaha mengesan individu itu sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26002264 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222.

Sebelum itu tular di media sosial Instagram berhubung kehilangan lelaki dikenali sebagai Ishaq.

Berdasarkan dakwaan di hantaran itu, lelaki tersebut datang ke Malaysia untuk menghantar cucunya belajar.

Lelaki itu juga dikatakan sempat menghubungi keluarganya di China pada 22 September sebelum hilang.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved