Percaya amalan ‘tarik’ duit, suri rumah 73 tahun rugi RM80,000

26 Sep 2026 • 3:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Percaya amalan ‘tarik’ duit, suri rumah 73 tahun rugi RM80,000

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu percaya dengan seorang lelaki mengaku mampu ‘menarik’ duit, seorang suri rumah terputih mata kehilangan simpanannya sebanyak RM80,000.

Warga emas berusia 73 tahun itu yang menyedari tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini pada pukul 4.17 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mula, suri rumah tersebut telah terlihat hantaran aktiviti ‘menarik’ duit itu di laman Facebook pada tahun lalu.

“Mangsa tertarik dakwaan suspek kononnya mampu mendapatkan bantuan wang ghaib secara dalam talian.

“Dia yang teringin memperolehi wang segera bagi membaiki rumah, menjelaskan hutang dan menyumbang kepada anak yatim kemudiannya menghubungi suspek,” katanya di sini, hari ini.

Azli berkata, begitupun wanita warga emas itu tidak memperolehi walau sesen pun biarpun telah mengikut syarat ditetapkan iaitu membuat pembayaran sebanyak RM30,000 kepada suspek.

Beliau berkata, suri rumah tersebut tetap bersangka baik sebelum dihubungi pula individu tidak dikenali lain pada kelmarin mendakwa kononnya wang ghaib hasil ‘tarikan’ tersebut dipegangnya.

“Mangsa diarahkan agar membayar RM50,000 kononnya denda lewat mengambil wang terbabit dan diturutinya setelah turut diyakinkan lelaki yang ‘menarik’ wang ghaib terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Percaya amalan ‘tarik’ duit, suri rumah 73 tahun rugi RM80,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved