Lelaki Warga Emas Maut, Cucu Cedera Dalam Kemalangan

4 Jan 2024 • 11:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Warga Emas Maut, Cucu Cedera Dalam Kemalangan

ALOR SETAR, 4 Jan (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut manakala cucu perempuannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Kuala Pegang-Parit Panjang dekat Baling, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata dalam kejadian 5.29 petang itu, Mohamad Norzizan Ismail, 61, maut akibat kecederaan dalaman badan, manakala cucunya Nur Damia Qaisara Norazlimi, 9, mengalami luka pada kepala dan badan.

“Ketika kejadian, mangsa dan cucunya menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Hospital Baling menghala ke Sik manakala kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki berusia 63 tahun itu pula dalam perjalanan dari arah Kuala Pegang menghala ke Parit Panjang.

“Sampai di tempat kejadian di Kampung Mengkuang Masjid, kenderaan pacuan empat roda membelok masuk ke kanan ke sebuah stesen minyak. Mangsa yang mengekori dari belakang tidak lepas memotong kereta itu dan terlanggar bahagian sisi sebelah kanan kenderaan di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Kampung Lela, Kuala Pegang mengalami cedera parah dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat, manakala cucunya dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan. Pemandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved