Lelaki warga emas rentung dalam stor

28 Jan 2025 • 11:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat lelaki warga emas ditemukan rentung di dalam stor yang terbakar di Kampung Batition, Kota Marudu.

image is not available
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

KOTA MARUDU - Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran stor di Kampung Batition di sini pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mayat mangsa berusia 75 tahun ditemukan di dalam stor penyimpanan peralatan berkebun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.04 petang.

Menurutnya, seramai empat anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 18 kilometer dari BBP Kota Marudu.

**media[2986639]**

"Kejadian melibatkan sebuah stor yang telah terbakar sebanyak 80 peratus dan terdapat seorang mangsa lelaki rentung di dalam stor tersebut.

"Kebakaran sudah dipadamkan oleh orang kampung dengan mengangkut air menggunakan baldi sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

"Oleh itu, tiada operasi pemadaman api dilakukan, hanya membantu pihak polis mengangkat mayat tersebut untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Hasbi berkata, operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.05 petang selepas memastikan lokasi kejadian selamat.