Tanah runtuh: Mayat remaja lelaki ditemukan dalam runtuhan rumah

29 Jan 2025 • 9:19 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUCHING, 29 JAN: Mayat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri awal pagi tadi ditemukan 6.17 pagi melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam laporan terkini memaklumkan mayat itu dijumpai dalam runtuhan di satu daripada dua rumah yang ditimpa tanah runtuh dalam kejadian 2.58 pagi.

Usaha kini tertumpu kepada pencarian empat lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam insiden berkenaan terdiri daripada dua wanita dewasa berumur 71 dan 41 tahun, serta dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan 12 tahun.

Tujuh lagi penghuni di dalam kedua-dua rumah yang terjejas itu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian terbabit.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved