Lelaki warga Israel akan didakwa esok

11 Apr 2024 • 1:56 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pistol dan 200 peluru di sebuah hotel di sini pada 27 Mac lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Sumber memaklumkan, lelaki itu akan ditahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Jelasnya, lelaki itu yang dalam tahanan reman akan dibawa ke mahkamah esok untuk pertuduhan.

“Sementara suspek yang masih dalam tahanan reman akan disambung reman bagi membantu siasatan,” katanya kepada Buletin Utama.

Pada 27 Mac lalu, lelaki warga Israel itu yang menggunakan pasport Perancis untuk masuk ke negara ini telah ditahan bersama pistol pelbagai jenis di sebuah hotel di Jalan Ampang. - 11 April, 2024

The post Lelaki warga Israel akan didakwa esok appeared first on Scoop.