Lelaki Israel Akan Dituduh Esok - KPN

11 Apr 2024 • 3:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. gambar fail

KUALA LUMPUR - Lelaki Israel yang ditangkap memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini bulan lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

"Ya, dia akan didakwa esok pagi," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada BERNAMA hari ini.

Warga Israel berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini pada 27 Mac lalu. Dia dipercayai memasuki negara ini dari Emiriah Arab Bersatu pada 12 Mac, menggunakan pasport Perancis.

Hasil siasatan awal, suspek yang turut memegang pasport Israel itu mendakwa dia datang ke Malaysia bagi memburu dan membunuh seorang lagi rakyat Israel susulan perbalahan keluarga.

Pada 8 April lalu, sepasang suami isteri rakyat tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas dakwaan kesalahan berkaitan senjata api. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved