Lelaki Warga Malaysia Hilang Selepas Bercuti Ke Bangkok Bersama Rakan – “Keluarga Tak Tahu Siapa Kawan Itu”

LocalTravel
23 Jan 2025 • 12:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Andy Jee Ying Kit, 30, seorang warganegara Malaysia kini menghilang tanpa kesan dan tidak dapat dihubungi oleh keluarganya selepas melancong ke Bangkok, Thailand.

Menurut hantaran yang tular di XHS, Jee yang berasal dari Kuching, Sarawak telah terbang ke Bangkok pada 8 Januari bersama seorang rakan dan dijadualkan ke Singapura pada 15 Januari untuk urusan kerja.

Bagaimanapun, rakan kerjanya telah memaklumkan kepada pihak keluarga tentang kehilangannya selepas dia gagal hadir ke tempat kerja selama dua hari berturut-turut.

image is not available

Gambar hiasan

Disebabkan itu, usaha untuk menjejaki Jee sedang giat dijalankan dan menurut sepupunya yang membuat hantaran di XHS itu, telefon bimbitnya tidak dijawab kerana talian terputus.

Jee memberitahu kami dan rakan-rakan sekerjanya bahawa dia bercuti ke Thailand bersama seorang rakan. Namun, kami tidak tahu siapa rakan tersebut.

Difahamkan, keluarga Jee telah terbang ke Singapura bagi mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Malaysia untuk menyemak sama ada Jee telah meninggalkan Bangkok atau memasuki mana-mana negara.

Jika tiada petunjuk di Singapura, mereka merancang untuk ke Bangkok bagi meneruskan usaha pencarian.

image is not available

Keluarganya merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan Jee untuk tampil membantu dan hubungi +6014-3283929.

Berdasarkan notis orang hilang yang disebarkan, Jee digambarkan bertubuh besar dan berkulit gelap dengan ketinggian 170cm.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

Awalnya Dilaporkan Hilang, Pempengaruh Malaysia Ditangkap Di Taiwan Didakwa Terlibat Dalam ‘Scam’ Pelaburan - “Jadi Keldai Wang”