Lelaki warga Sierra Leone didakwa tipu wanita RM50,000

15 Jul 2022 • 3:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegara Sierra Leone mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita tempatan untuk menyerahkan wang RM50,000 dua bulan lepas.

Aruna Saccoh, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Saccoh didakwa menipu Chee Ting Han, 32, untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM50,000 dengan memperdaya wanita itu bahawa tertuduh boleh menggandakan wang menggunakan cecair kimia dengan cara cucian wang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan tempat letak kereta OUG Parklane, Brickfields pada 30 Mei lepas, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh bukan warganegara dan tiada dokumen perjalanan sah.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen serta lantikan peguam.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved