Lelaki warga tempatan jatuh laut ditemui meninggal dunia

8 Dec 2024 • 6:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

GEORGE TOWN, 8 DIS: Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika melakukan aktiviti perikanan di perairan Pulau Pinang petang semalam, ditemukan meninggal dunia hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Kepten Razali Kasim berkata mayat lelaki berusia 27 tahun itu ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 1.57 tengah hari tadi.

Beliau berkata APMM menggerakkan bot peronda kira-kira 5.35 petang semalam untuk mencari dan menyelamat mangsa selepas menerima maklumat melalui Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi berkaitan seorang lelaki tempatan yang jatuh laut sewaktu melakukan aktiviti perikanan, sekitar 5 petang.

“Operasi pencarian diteruskan hari ini dengan menambah bilangan bot yang turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dua bot nelayan tempatan.

“Mayat mangsa dijumpai terapung di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang dengan jarak keseluruhan kawasan pencarian 7.35 batu nautika persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat lelaki itu telah disahkan oleh warisnya di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved