Lelaki Warganegara Pakistan Ditahan Gara-gara Menyamar Jadi Doktor Klinik

Entertainment
20 Dec 2023 • 4:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki warganegara Pakistan berdepan dengan denda RM 8,000 gara-gara menyamar menjadi salah seorang doktor di sebuah klinik swasta.

Menurut laporan Kosmo!, Majistret Noorelynna Hanim Abd. Halim turut memerintahkan Suhaib Jalal dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

image is not available

Dalam pertuduhan tersebut, lelaki berkenaan didakwa berjaya menipu sehinggakan ada yang sudah termakan ‘umpannya’ dan mempercayai bahawa tertuduh mempunyai kelulusan untuk menjalankan amalan perubatan.

Difahamkan, kesalahan itu dilakukan di sebuah klinik swasta di Taman Maluri, Cheras pada 1 Disember lalu.

Mengikut fakta kes, selepas serbuan di lokasi kejadian, pihak polis mendapati tertuduh menawarkan khidmat rawatan kesihatan tanpa sijil perakuan yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peguamnya Tharanjit Singh bagaimanapun meminta anak guamnya dikenakan denda minimum.

“Dia telah direman selama 19 hari dan merupakan seorang graduan jurusan perubatan dari sebuah universiti di China. Bagaimanapun, anak guam tidak mempunyai sijil pengesahan daripada KKM untuk menawarkan khidmat perubatan di negara ini,” katanya.

Selain itu, peguamnya turut memberitahu Suhaib ada latar belakang perubatan namun anak guamnya itu tidak berdaftar dengan KKM.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.