Lembaga Lebuhraya Malaysia Perkenal Aplikasi Navigasi Alternatif Waze, Tuju

LocalTechnology
27 Nov 2025 • 8:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada hari ini, antara aplikasi popular yang digunakan untuk navigasi pemanduan adalah Waze dan juga Google Maps. Kini, turut memberikan lebih pilihan kepada para pengguna adalah aplikasi yang dibangunkan di Malaysia, iaitu Tuju.

Tuju merupakan aplikasi yang dibangunkan bersama oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Ia ditawarkan untuk pengguna Android dan iPhone buat masa ini, dan disediakan secara percuma.

image is not available

Menggunakan Tuju, anda boleh menyertakan lokasi yang dituju, dan seterusnya ia akan menganggarkan masa perjalanan, kos tol yang terlibat, dan turut memudahkan pengguna untuk melihat informasi trafik semasa dan juga kamera litar langsung untuk setiap lebuhraya. Pada masa yang sama, anda turut boleh menyemak kawasan rehat & rawat yang akan dilalui sepanjang perjalanan.

Pengguna juga turut boleh menghantar laporan berkaitan sebarang insiden sepanjang jalan menggunakan aplikasi ini, disamping disediakan pautan pantas ke perkhidmatan kecemasan ketika di lebuhraya.

Buat masa ini, daripada percubaan kami, boleh dikatakan aplikasi ini masih pada peringkat awal, dan sekiranya terus ditambah baik dari masa ke semasa, tidak mustahil menjadi salah satu aplikasi alternatif yang baik untuk Waze dan Google Maps.