Lembaga Peperiksaan Nafi Guna Khidmat TikTokers Untuk Audio Ujian Mendengar SPM

20 Feb 2023 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 telah dijalankan pada Khamis lepas, 16 Februari 2023.

Walaubagaimanapun, ramai pelajar calon SPM yang menduduki ujian tersebut telah meluahkan rasa kecewa dan kesal melalui media sosial.

Calon SPM 2022 dakwa UMBI guna khidmat TikTokers?

Dapat dilihat, rata-rata calon SPM meluahkan rasa tertekan dengan memuat naik video serta mendakwa audio yang digunakan untuk UMBI SPM 2022 ini menggunakan khidmat influencer TikTok.

Selain itu, menerusi laman Facebook terdapat sebuah posting yang telah dimuat naik oleh seorang individu yang dipercayai adalah seorang guru, dia turut meluahkan rasa kesal terhadap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan isu yang berlaku.

Based on feedback from my students, last year's audio recordings were excellent. Voice actors spoke clearly at a steady…

Posted by Jarod Yong on Thursday, February 16, 2023

Pihak KPM dan Lembaga Peperiksaan nafi dakwaan gunakan khidmat ‘influencer’ TikTok.

Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan (LP) telah menepis dakwaan menggunakan khidmat TikTokers sebagai pelontar suara audio UMBI 2022.

Dalam sebuah kenyataan rasmi, LP memaklumkan bahawa pelontar suara yang digunakan dalam item atau instrumen UMBI SPM 2022 adalah terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti.

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG PENJELASAN BERKAITAN UJIAN MENDENGAR BAHASA INGGERIS PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2022#7TerasKPM#AnakBaikLagiCerdik#MalaysiaMADANI

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Sunday, February 19, 2023

Kenyataan itu turut menyatakan, kadar kelajuan pertuturan pelontar suara bagi item atau instrumen adalah berdasarkan aras kompetensi Common European Framework of References for Languages (CEFR).

Tambah LP, pihaknya akan memastikan kepentingan serta keadilan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM 2022 adalah terjamin.

Dengar cerita ramai calon yang rasa ujian mendengar tu susah betul ke?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.