Lembaga Pertubuhan Peladang komited bantu peladang

13 May 2024 • 3:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) komited untuk membantu para peladang melalui geran padanan pemilikan jentera kecil dan sederhana sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK 12).

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pada tahun 2023, Lembaga Pertubuhan Peladang telah membantu melalui 17 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Sabah untuk memiliki jentera kecil dan sederhana dengan jumlah peruntukan sebanyak RM500,000.

“Bagi pelaksanaan pelan keempat (RP4) RMK12, LPP telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membiayai permohonan daripada 20 PPK di wilayah Sabah,” katanya.

Katanya, penggunaan teknologi mekanisasi dan jentera dalam sektor pertanian mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh sekali gus memastikan pengeluaran makanan negara tidak terjejas.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Melalui program Pemilikan Jentera Kecil Dan Sederhana Secara Geran Padanan, LPP menawarkan pembiayaan pembelian jentera dengan nisbah 70:30 iaitu 70% daripada nilai jentera atau peralatan akan dibiaya oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) manakala baki 30% lagi adalah di bawah tanggungan pemohon dengan had pembelian jentera atau peralatan sehingga RM20,000” jelasnya.

Dalam pada itu, Arthur turut menyeru kepada ahli-ahli Peladang yang terlibat bidang pertanian untuk mengambil peluang dan memohon di pejabat Pertubuhan Peladang mengikut bidang usaha masing-masing.

Secara umum antara jentera yang boleh dipohon adalah seperti mini jentuai, traktor dua roda, jentanam dan peralatan pertanian kecil yang bersesuaian.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Peladang di Kampung Panagatan Ulu baru-baru ini. Majlis itu dihadiri kira-kira 120 pesawah, petani dan peladang di sekitar Keningau.

Pada majlis tersebut, Arthur turut menyampaikan kelulusan pembelian jentera kecil dan serdahana melalui program geran padanan kepada PPK Keningau dengan nilai jentera dan peralatan berjumlah RM39,000.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPP Amir Matamin, Pengarah LPP Sabah Puan Hadriyani Ahmad dan Pengerusi AJP Pertubuhan Peladang Keningau Alexius@Sius Paulus.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.