
LEMBAGA Sukan Sabah (LSS) merancang untuk menaik taraf trek olahraga di Stadium Penampang (SP) memandangkan permukaan getah pada lorong larian sudah rosak di beberapa bahagian dan perlu diganti.
Badan itu juga berharap untuk membaikpulih kemudahan di trek joging tepi tasik di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) pada masa akan datang, termasuk lampu awam dan bahagian laluan pejalan kaki yang rosak menuju ke kawasan berkenaan.
Jurucakap LSS berkata usaha-usaha ini akan dilaksanakan apabila pihaknya mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kami memohon peruntukan khas daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk menyelesaikan masalah di trek di KSKK dan bercadang untuk membuat permohonan yang sama bagi SP,” katanya.
“Penambahbaikan di kedua-dua lokasi ini akan dibuat sebaik sahaja dana diluluskan.”
Dia mengulas aduan berasingan mengenai bahaya keselamatan di kedua-dua trek berkenaan.
DAHRL dari Penampang terkejut dengan keadaan lorong larian di Stadium tersebut.
“Saya ternampak satu video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini mengenai hari sukan sekolah yang diadakan di sini,” katanya.
“Bahagian trek di blok permulaan penuh dengan lubang seakan-akan lopak. Seorang murid dilaporkan tergelincir dan terjatuh semasa acara larian 100 meter.”
Dahrl berharap pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan sebelum pengguna lain cedera. SEORANG pegawai KSKK mencatat kerosakan pada jubin laluan pejalan kaki berhampiran trek joging.
Jurucakap itu berkata kerosakan yan dilihat dalam video tersebut menunjukkan tanda-tanda kehausan pada permukaan sintetik trek sepanjang 400 meter itu, yang sudah jauh melepasi jangka hayatnya.
“Salutan semburan getah perlu diganti setiap tiga hingga empat tahun,” katanya. “Beberapa bahagian trek koyak kerana permukaan itu sudah terlalu usang.”
Katanya, beberapa jurulatih olahraga dari kalangan komuniti setempat “membaiki” kerosakan tersebut pada Isnin secara sukarela bagi memberi sedikit kelegaan sementara kepada pengguna.
“Ia dilakukan atas dasar keprihatinan kerana anak-anak jagaan mereka akan mengambil bahagian dalam kejohanan sukan antara sekolah-sekolah peringkat daerah hujung bulan ini.”
Sementara itu, BERTHA dari Likas mengeluh mengenai keadaan trek joging di KSKK.
Pengguna Kompleks itu bimbang tentang risiko keselamatan disebabkan permukaan trek yang tidak rata.
“Mereka yang berjoging mudah tersadung pada batu turapan yang timbul di laluan pejalan kaki menuju ke trek atau terseliuh pada bahagian yang tiada batu turapan,” katanya.
Katanya, keadaan ini bertambah buruk kerana pencahayaan di kawasan trek yang tidak mencukupi, menyukarkan pengguna untuk mengesan bahagian yang berbahaya.
Bertha juga tidak berpuas hati dengan kewujudan beberapa pokok mati di sekeliling trek.
“Ia patut dialihkan kerana ia menjadikan kawasan tersebut nampak tidak menarik.”
Dia berkongsi pemerhatiannya dengan seorang rakan yang turut kecewa dengan kurangnya penyelenggaraan trek tersebut.
“Rakan saya mengemukakan aduannya secara bertulis kepada Kementerian pada Ogos tahun lepas. Dia menunjukkan kepada saya sepucuk surat daripada LSS yang diterimanya pada Oktober.
“Surat itu ditandatangani oleh seorang pegawai kanan yang memberi jaminan bahawa Bahagian Kejuruteraan Lembaga akan menjalankan kerja-kerja membaiki, menyelenggara dan menambah baik keadaan trek secara berperingkat.”
Menurut Roberta, rakannya juga dimaklumkan dalam surat tersebut bahawa pihak LSS sedang merancang untuk membangunkan kawasan di sekitar tasik berdekatan trek berkenaan.
Bertha berkata lebih enam bulan sudah berlalu tanpa sebarang kerja pembaikan, penyelenggaraan atau penambahbaikan dilakukan.
“Saya dan rakan ingin tahu mengapa LSS belum menunaikan janjinya dan bila ia akan menyelesaikan pelbagai masalah di trek ini.”
Dia turut memberikan salinan surat-surat tersebut kepada Hotline. Ia kemudiannya dikemukakan kepada pihak Lembaga.
Jurucakap berkata kakitangan KSKK turun padang ke trek itu sebaik sahaja dihubungi oleh Hotline.
“Mereka sudah mengenal pasti kerosakan membabitkan batu turapan di laluan pejalan kaki, pokok-pokok mati dan masalah pencahayaan di trek tersebut,” katanya.
“Seorang juruteknik kami mengalihkan pokok-pokok tersebut beberapa hari kemudian. Gergaji rantai digunakan untuk memudahkan kerja ini.”


