
Papan iklan digital filem yang sedang hangat ditayangkan di pawagam, Kahar: Kapla High Council yang dipasang di sekitar Lembah Klang menjadi buah mulut netizen.
Mana tidaknya, iklan papan tanda besar yang itu membuatkan ramai yang sudah mengambil mood untuk menonton naskhah fenomena itu.
Paparan iklan digital itu dipasang antaranya di sepanjang lebuh raya Faderal (Amcorp, Sunway PJ51A), LDP (Penchala Auto Showroom), Sprint (Kayu Ara), MRR2 (Sri Damansara, Batu Caves, Ampang City, Jalan Ampang) dan NKVE (Damansara, KL-Seremban highway).
Usaha membawa kempen ‘#StopViolence’, turut memperlihatkan kerjasama bersama Group M untuk papan iklan digital Laguna, Seni jaya, dan AOS bagi memaparkan video kempen anti keganasan.
Diarahkan oleh Razaisyam Rashid, manakala skrip ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Kahar: Kapla High Council telah mula temui penonton di pawagam menerusi tayangan awal pada 27 November dan Khamis merupakan tayangan rasmi.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Bukan sekadar mempertaruhkan jalan cerita dengan babak-babak yang mengundang keterujaan, filem berdurasi 102 minit ini mengangkat isu buli yang berlaku di kalangan remaja.
Malah, filem ini juga turut membicarakan isu kritikal seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang dan menekankan mesej kekerasan bukanlah jalan penyelesaian.




