Lembu Korban Tak Sempat Disembelih Lepas Jatuh Perigi

Entertainment
8 Jun 2025 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umat Islam di Malaysia telah menyambut Hari Raya Aidiladha pada Sabtu semalam. Sambutan Aidiladha sudah tentulah sinonim dengan ibadah korban.

Sepanjang ibadah korban yang dijalankan ketika sambutan Aidiladha semalam, dapat dilihat pelbagai gelagat haiwan seperti lembu yang sepatutnya dikorbankan apabila haiwan-haiwan tersebut ada yang terlepas, lari dan sebagainya.

Namun, ada juga kejadian yang sedih ketika ibadah korban semalam seperti di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan ini apabila seekor lembu korban yang sepatutnya dikorbankan tidak dapat disembelih apabila haiwan tersebut mati akibat jatuh perigi.

Kejadian tersebut telah dikongsikan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerusi Facebook.

image is not available

Pasukan APM telah ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan lembu yang telah mati itu setelah terjatuh daripada telaga berkenaan.

Meskipun lembu berkenaan tidak dapat diselamatkan, operasi yang dijalankan telah tamat dengan baik tanpa sebarang insiden kecederaan atau risiko keselamatan kepada yang lain,” – APM

image is not available

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.