Lembu Korban Terjun Laut, Dipercayai Hanyut

Entertainment
8 Jun 2025 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seekor lembu yang sepatutnya dikorbankan sempena ibadah korban Hari Raya Aidiladha di Kampung Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka dipercayai telah dihanyutkan air laut selepas ia terlepas pada Sabtu.

Kejadian tersebut telah berlaku pada malam sebelum Aidiladha dan orang kampung serta pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah bekerjasama untuk mencari haiwan korban tersebut di kawasan pantai.

Difahamkan, lembu korban berkenaan sebelum itu telah terlepas sebelum ia kemudiannya masuk ke kawasan laut.

Ada penduduk sekitar yang melihat haiwan tersebut berenang di laut, lapor Berita Harian.

image is not available

Pasukan APM kemudiannya dihubungi agar dapat membantu menangkap semula lembu korban itu.

image is not available

Walau bagaimanapun, ia dikatakan hilang dan gagal dikesan ketika pasukan APM tiba untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

Ada orang awam di sekitar kawasan kejadian mengatakan ia telah hilang dari penglihatan kerana lembu tersebut dipercayai telah dihanyutkan air di Pantai Tanjung Bidara.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.