
JAKARTA – Dua penternak haiwan di Indonesia terkejut apabila seekor lembu betina peliharaan mereka melahirkan anak lembu berkepala dua.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan lembu betina itu melahirkan seekor anak berkepala dua pada waktu malam, baru-baru ini.
Induk tersebut ‘meraung’ selepas mendapati anaknya sudah mati.
Rakaman itu mencatatkan lebih 44,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Anak lembu itu sudah mati,” kata seorang netizen.
“Kasihan lembu itu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Lembu lahirkan anak kepala dua appeared first on Kosmo Digital.






