Lencongan NKVE Damansara-Shah Alam enam bulan bermula

14 Aug 2026 • 7:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lencongan NKVE Damansara-Shah Alam enam bulan bermula

Lencongan trafik dua arah di NKVE bermula hari ini hingga Februari 2027, pengguna dinasihat rancang perjalanan awal dan ikut arahan PLUS.

KUALA LUMPUR: Lencongan trafik akan dilaksanakan di laluan antara Damansara-Shah Alam di KM13.60 hingga KM14.35 (kedua-dua arah) di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) selama enam bulan dari hari ini hingga 9 Feb 2027.

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan lencongan itu bagi memberi laluan kepada projek jejantas pejalan kaki melintasi lebuh raya dan kerja penyelenggaraan oleh pihak Pinnacle Homes AD Sdn Bhd (PHADSB).

Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihati supaya mematuhi semua papan tanda trafik yang disediakan serta arahan petugas PLUS bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pihak.

PLUS menyarankan pengguna merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi PLUS, media sosial rasmi termasuk X @plustrafik dan paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

“Sekiranya berlaku kecemasan, pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine menerusi 1-800-88-0000 untuk bantuan.

“PLUS menghargai kesabaran dan kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh itu,” menurut kenyataan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved