Padah memaki hamun anggota polis trafik, seorang penunggang motosikal di Ayer Itam telah ditahan polis. Video kejadian itu juga tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan lelaki itu sangat biadap.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.45 petang semalam.
Anggota polis trafik berkenaan terdahulu mengesan lelaki itu melanggar lampu isyarat merah di di Lebuhraya Thean Teik, berhadapan sebuah pasar raya, sebelum diminta berhenti.
Ketika anggota trafik mengeluarkan saman, lelaki tersebut tiba-tiba menjadi berang dan melontarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya terhadap penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.
Susulan kejadian itu, anggota trafik berkenaan kemudian membuat laporan polis dan bertindak di atas maklumat, suspek telah ditangkap di Taman Terubong Jaya pada pukul 10.30 malam.
Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Sumber: Harian Metro
The post ‘Lengcai’ berang disaman maki hamun polis trafik, direman 3 hari appeared first on The Reporter.


