Tular Video Maki Hamun Polis Sebab Berang Disaman, Lelaki Mengaku Tak Bersalah

Entertainment
4 Oct 2024 • 5:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular satu rakaman video menunjukkan seorang penunggang motosikal mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis trafik kerana tidak berpuas hati disaman.

Insiden terbabit bukan sahaja mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah tindakannya itu telah mengakibatkan dia ditahan reman.

Difahamkan insiden tersebut berlaku di Lebuhraya Thean Teik, Air Itam pada 2 Oktober lalu selepas dia dikenakan saman kerana melanggar lampu isyarat merah.

image is not available

Lelaki mengaku tak bersalah

Terbaharu, lelaki terbabit dihadap ke Mahkamah Majistret Georgetown atas tuduhan mengaibkan kehormatan anggota polis.

Tertuduh, Goh Weng Keong, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret, Nadratun Naim Mohd Saidi.

 

image is not available

Mengikut pertuduhan, dia didapati mengaibkan kehormatan Koperal Nik Muhammad Faizal Nik Long, 40, dengan maksud supaya perkataan itu didengar serta mengganggu kesantunan.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan sebanyak RM9,000 dan mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mengganggu mana-mana saksi.

Menurut laporan, mahkamah menetapkan tarikh 14 November depan bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.