Lengkap Dengan Food Court, Pantai Tusan Bekenu Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

3 Jul 2024 • 1:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Destinasi Rekreasi dengan Food Court Lengkap

Lengkap Dengan Food Court, Pantai Tusan Bekenu Kini Dibuka Untuk Orang Ramai. Pantai Tusan di Bekenu, Sarawak kini kembali mengalu-alukan kedatangan orang ramai selepas dibuka semula pada 29 Jun 2024.

Pembukaan ini disambut baik oleh penduduk setempat dan pelancong, lebih-lebih lagi dengan adanya food court yang serba lengkap untuk kemudahan pengunjung.

image is not available

Lengkap Dengan Food Court, Pantai Tusan Bekenu Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

Pantai Tusan sememangnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Walaupun salah satu tarikan popularnya batu yang menyerupai seekor kuda yang sedang minum air laut, telah runtuh.

Namun ada banyak lagi tarikan unik yang pantai ini ialah terdapat fenomena ‘Blue Tears‘ atau ‘Air Mata Biru’, di mana air laut akan berkilau dengan cahaya biru yang indah pada waktu malam. Fenomena ini berlaku akibat bioluminesens yang dihasilkan oleh plankton laut. Ini menjadikan Pantai Tusan sebagai destinasi pilihan untuk sesi bergambar dan rekreasi malam.

Dengan pembukaan semula pantai ini, pihak berkuasa tempatan telah mengambil inisiatif untuk menambah baik kemudahan awam, termasuk tandas, kawasan parkir yang lebih luas, dan juga laluan pejalan kaki yang lebih selesa.

Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semua, pengunjung diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan pantai dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ini termasuk mengelakkan daripada membuang sampah merata-rata dan menjaga alam sekitar agar keindahan pantai ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Nak tahu tak, kejadian blue tears di Bekenu ni adalah salah satu fenomena yang berlaku di 5 lokasi di Malaysia: