Lenovo ialah jenama komputer yang cukup terkenal sekali untuk penawaran komputer kelas produktiviti dan juga gaming yang banyak sekali di pasaran global. terkini, melalui jenama gaming Lenovo Legion mereka, Lenovo akan sekali lagi menjadi pembekal kelengkapan gaming utama untuk acara ESports World Cup 2026 (EWC 2026) yang akan berlangsung di Paris, Perancis pada 6 Julai sehingga 23 Ogos 2026.

Sepanjang acara ini, sebanyak 200 pasukan e-sukan yang terdiri daripada 2000 peserta yang mengambil bahagian dalam acara EWC ini akan menggunakan komputer-komputer gaming desktop Lenovo Legion Tower 7i dan Lenovo Legion Tower 5i yang dikuasakan oleh komponen-komponen gaming terbaru dan paling berkuasa oleh Intel dan NVIDIA untuk bertarung dalam 24 permainan e-sukan dalam genre yang berbeza.

Dalam pada itu, komputer riba Lenovo Legion Pro 7i juga akan digunakan sebagai mesin-mesin latihan untuk peserta-peserta EWC 2026, dan ia juga akan hadir dengan gabungan komponen berkuasa Intel dan NVIDIA. Untuk EWC 2026 juga, atlet-atlet e-sukan ini juga akan menggunakan paparan skrin Lenovo Legion yang terbaru.

Esports Foundation, pengasas acara EWC mengesahkan bahawa acara EWC 2026 hadir dengan nilai hadiah terkumpul sebanyak $75 juta merentasi 25 pertandingan yang akan diadakan. Lenovo juga mengesahkan bahawa komputer riba gaming Lenovo Legion Pro Rollable Concept, sebuah komputer riba gaming dengan paparan boleh gulung di acara tersebut.




