Lenovo Akan Melancarkan Pula Komputer Riba Tri-Lipat dan Monitor Dengan AI

TechnologyDigital
18 Feb 2025 • 8:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas melancarkan komputer riba ThinkBook Plus Gen 6 dengan skrin bergulung awal tahun ini, Lenovo kini nampaknya bersedia untuk melancarkan komputer riba dengan rekaan tri-lipatan pula. Rekaan ThinkBook Flip AI PC telah ditiriskan oleh Evan Blass menerusi akaun X beliau.

image is not available

image is not available

Berdasarkan gambar ThinkBook Flip AI PC mempunyai rekaan dilipat seperti Huawei Mate XT. Dalam kedudukan terbuka, skrin utama adalah mirip dengan ThinkBook Plus Gen 6. Ini membolehkan dua aplikasi dipaparkan serentak pada skrin dengan nisbah 16:9. Skrin atas kemudiannya boleh dilipat ke belakang untuk disimpan. Dalam kedudukan ini kandungan yang sama boleh dilihat oleh pengguna dan juga individu di hadapan.

image is not available

Lenovo juga akan melancarkan sebuah monitor dengan NPU terbina yang dipasarkan sebagai sebagai skrin AI. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai skrin ini kecuali mungkin ia sebenarnya sebuah komputer Copilot+ PC dalam rekaan AIO. Kesemua produk ini akan dilancarkan oleh Lenovo di MWC Barcelona yang berlangsung awal bulan Mac depan.