Lenovo undur diri daripada arena telefon gaming, tiada lagi Legion Phone

Digital
29 Mar 2023 • 11:29 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Lenovo mengesahkan yang mereka tidak lagi membangunkan produk telefon gaming sebagai salah satu strategi penstrukturan semula portfolio produk gaming mereka. Hal ini bermakna, tiada lagi sekuel kepada Legion Phone boleh anda jangkakan dalam masa yang akan datang.

image is not available

Kenyataan itu lantas memperjelas kenapa tiada sebarang Legion Phone dilancarkan dalam tahun 2022 dulu. Kali terakhir Lenovo melancarkan telefon gaming adalah dalam bulan April 2021 dan masuki Malaysia dalam bulan Jun 2021 pada harga bermula RM3,299.

Adakah segmen telefon gaming semakin menguncup? Awal tahun 2023 dalam bulan Januari, subjenama Xiaomi, Black Shark dilapor memberhentikan staf secara besar-besaran. Jenama telefon gaming itu daripada 1,000 staf, kini hanya miliki 100 sahaja.

image is not available
Black Shark 5 Pro

Namun, lain pula ceritanya untuk ROG Phone. Ia dilapor akan lancarkan ROG Phone 7 pada 13 April 2023 ini. Telefon itu akan dilancar di pentas antarabangsa pada hari Khamis, 13 April 2023. Orang ramai boleh menonton pelancaran ini secaran langsung di YouTube Asus ROG, bermula pukul 8 malam waktu Malaysia.

image is not available