Lenovo Cloud Gaming Handheld G700 Dilancarkan Khusus Untuk Penstriman Awaman

TechnologyGaming
27 Aug 2026 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lenovo Cloud Gaming Handheld G700 Dilancarkan Khusus Untuk Penstriman Awaman

Konsol mudah alih Windows boleh menjalankan permainan video pada tetapan sederhana. Popularitinya meningkatkan kerana permanan PC kini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Tetapi kerana krisis RAM, konsol mudah alih yang dahulunya agak mampu milik kini dijual pada harga melampau. Maka Lenovo Cloud Gaming Handheld G700 dilancarkan di China pada harga yang lebih mampu milik.

Image from: Lenovo Cloud Gaming Handheld G700 Dilancarkan Khusus Untuk Penstriman Awaman

Tidak seperti Legion Go atau ROG Ally X, Lenovo Cloud Gaming Handheld G700 ialah konsol mudah alih yang khusus untuk penstriman permainan video secara awanan. Ia turut menggunakan sistem operasi Android 16 dan bukannya Windows 11.

Dalam mod pestriman, permainan daripada PC boleh diakses menerusinya dengan masa pendam sekitar 10 ms. Kerana ia menggunakan Android, permua Android juga boleh dijalankan jika sistem penstriman tidak digunakan oleh pemilik.

Image from: Lenovo Cloud Gaming Handheld G700 Dilancarkan Khusus Untuk Penstriman Awaman

Cloud Gaming Handheld G700 hadir dengan skrin 7.82″ LCD FHD kadar segar semula 120Hz, dikuasakan pemproses MediaTek Dimensity 7400, memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB dan bateri 8000 mAh. Terdapat sistem penyejukan aktif, storan boleh ditambah menggunakan kad mikro SD dan bicu audio 3.5mm.

Terdapat empat butang muka, tombol analog dengan suis TMR, butang empat arah dan empat butang bahu dengan suis Hall Effect. Kesemua ini adalah bagi mengelakkan isu stick drift.

Selain itu ia menyokong USB 2.0, Bluetooth 5.3 dan Wi-Fi 6E. Konsol mudah alih ini hanya dijual di China setakat ini pada harga CNY 2,199 (~RM 1317) untuk model permulaan 8GB/256GB.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved