Lenovo IdeaPad Vibe turut dilancarkan di IFA Berlin minggu ini dengan ia adalah komputer riba kompak yang bersaing dengan MacBook Neo. Komputer riba ini ditawarkan dalam 7 warna ceria, dua pilihan skrin dan dua pilihan cip pemproses.

Skrin ditawarkan dalam saiz 14″ atau 15″ OLED lengkap dengan pilihan sentuhan. Cip yang ditawarkan pula ialah Snapdragon X atau AMD Ryzen AI 400 Series dipadankan dengan memori sehingga 32GB, storan sehingga 1TB dan bateri sehingga 65Whr.

Memori tidak boleh dipertingkatkan tetapi memori boleh ditukar menerusi dua slot SSD terbina. Pilihan I/O pula ialah USB‑A, USB‑C, HDMI, pembaca kad MicroSD dan bicu audio 3.5mm. Papan kekunci juga hadir dengan pilihan lampu dan butang boleh ditukar sendiri oleh pengguna. Selain itu tubuh turut ditawarkan dalam pilihan logam atau polimer dua tona. Berat keseluruhan komputer riba ini mencecah 1.3kg
Seperti MacBook Neo, Lenovo IdeaPad Vibe adalah untuk golongan pelajar, kegunaan keluarga dan mereka yang mencari komputer riba yang boleh menunjukkan personaliti. Ia dijual pada harga bermula €799 (~RM 3750) dalam pilihan warna Dreamy Violet, Spicy Gold, Zen Green, Chill Blue, Radiant Coral, dan Moody Blue.






