Apple tidak lagi menjual komputer Mac dengan cip Intel. macOS 27 Golden Gate pula ialah yang pertama hanya menyokong Mac dengan Apple Silicon. Selari dengan itu, Apple kini mengatakan aplikasi yang ditawarkan menerusi Mac App Store kini tidak lagi wajib menyokong Mac dengan cip Intel.

Dalam memo yang dihantar kepada pembangun, sebarang aplikasi yang dibangunkan untuk macOS 13 dan ke atas tidak lagi perlu menyokong Mac dengan cip Intel. Ini menurut Apple akan memudahkan pembangunan aplikasi untuk macOS selepas ini.
Selain itu Apple juga akan menghentikan sokongan Rosetta 2 yang membolehkan aplikasi yang dibangunkan untuk cip Intel dijalankan pada peranti Apple Silicon. Aplikasi yang masih menyokong Rosetta akan berhenti berfungsi selepas kemas kini macOS 27 Golden Gate.
Sumber – MacRumors



