Lenovo Legion 9i Gen 10 Kini Di Malaysia Dengan Skrin 3D OLED dan RTX 5090 – Bermula RM 21,999

TechnologyGaming
11 Sep 2025 • 8:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Komputer riba gaming menang berkuasa tetapi tidak menawarkan prestasi yang sama dengan komputer gaming desktop. Tetapi menerusi Lenovo Legion 9i Gen 10 yang dilancarkan di Malaysia, sebuah komputer riba gaming tanpa kompromi telah dihasilkan.

image is not available

Ia hadir dengan pilihan skrin 18″ PureSight dengan resolusi 4K atau skrin 18″ OLED 2K dengan sokongan paparan 3D yang tidak memerlukan cermin mata. Panel menyokong kadar segar semula 4K 240Hz atau FHD 440Hz untuk segi gaming yang lancar.

image is not available

Pemproses yang digunakan ialah Intel Core Ultra 9 275HX dengan kemampuan lewah jam, pilihan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 5090, memori sehingga 64GB RAM DDR5, storan SSD sehingga 2TB 2 TB M.2 2280 PCIe Gen5 dan bateri Li-ion 99.9Wh empat sel.

Bagi memastikan sesi gaming tidak tergendala, sistem penyejukan Legion Coldfront Vapor disertakan dengan ia hadir dengan empat kipas. Sistem penyejukan menghembus udara panas ke belakang supaya tidak mengganggu pemain.

image is not available

Papan kekunci dan bahagian tubuh Legion 9i dilengkapi lampu LED yang boleh diubah pengguna. Sistem audio adalah Nahimic oleh SteelSeries. Yang membuatkan Legion 9i nampak unik ialah penggunaan panel karbon pada bahagian penutup dan tubuh pula daripada bahan magnesium.

image is not available

Di Malaysia Lenovo Legion 9i 18″ Gen 10 ditawarkan pada harga bermula RM 21,999 menerusi laman rasmi Lenovo.