Lenovo Smart Motion Concept Ialah Meja Komputer Dengan Gimbal Yang Bergerak Sendiri

Technology
5 Sep 2025 • 4:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gimbal biasanya digunakan dengan kamera untuk memastikan video stabil dapat dirakam. Di IFA Berlin, Lenovo memperlihatkan Smart Motion Concept yang merupakan meja komputer dengan gimbal dengan ia boleh bergerak dengan sendiri.

image is not available

Apabila komputer riba diletakkan di atas Smart Motion Concept, ia boleh digerakkan mengikut kedudukan pengguna. Ini dilakukan kerana Smart Motion Concept menggunakan kamera web komputer riba. Ia boleh berputar kiri dan kanan serta mendongak atas dan bawah. Selain bergerak secara automatik, ia turut dikawal menggunakan alat kawalan jauh atau cincin pintar Lenovo AI Ring yang diperlihatkan awal tahun ini.

image is not available

Selain Smart Motion Concept, komputer riba ThinkBook VertiFlex juga diperlihatkan dengan skrin 14″ yang boleh diputarkan 90 darjah untuk digunakan menegak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved