Lenovo Melancarkan FlickLift – Aplikasi Suntingan Gambar Pantas Dengan Bantuan AI

Digital
5 Sep 2025 • 8:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat banyak model-model AI generatif yang menawarkan kemampuan menyunting gambar dengan hanya menulis prom. Untuk menggunakannya anda perlu sambungan internet sepanjang masa dan membayar langganan bulanan. Di IFA Berlin hari ini, Lenovo melancarkan aplikasi FlickLift yang boleh melakukan pelbagai suntingan gambar dengan AI yang dijalankan terus daripada komputer.

image is not available

FlickLift boleh melakukan suntingan seperti menajamkan objek yang kabur, menajamkan bahagian wajah manusia sahaja, membuang elemen latar belakang, dan meningkatkan resolusi gambar. Ia akan diintegrasikan terus pada sistem dengan ia diseru dengan melakukan klik kanan dan memilih bahagian gambar yang ingin disunting.

Lenovo FlickLift akan terpasang pada komputer mereka yang dilengkapi cip Intel dan AMD di bawah keluarga Yoga (10th Gen), Legion, serta IdeaPad. Sokongan untuk peranti dengan cip Qualcomm Snapdragon akan ditawarkan di masa hadapan.