Lenovo hari ini mengumumkan pengenalan agen kecerdasan buatan mereka tersendiri, dinamakan sebagai Lenovo AI Now. Penawaran ini akan disertakan pada komputer yang dijual oleh Lenovo di luar China, sekaligus bertujuan untuk membantu pelbagai tugasan pengguna serta meningkatkan produktiviti ketika menggunakan komputer Lenovo.

Lenovo menggunakan model kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh Meta, iaitu Llama 3.1 untuk menguasakan Lenovo AI Now ini. Menariknya, memandangkan ia disertakan terus pada komputer, maka pengguna boleh mengakses Lenovo AI Now walaupun tanpa akses internet dalam menjalankan tugasan seperti menguruskan dokumen, mengubah tetapan komputer, menjana teks, mahupun menjana gambar.

Lenovo AI Now juga turut menyertakan ciri Knowledge Assistant, dimana pengguna boleh memasukkan sebarang dokumen, dan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan dan melibatkan dokumen tersebut. Pengguna turut boleh memperluaskan penggunaan dan analisa melalui akses ke internet.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah komputer pertama untuk pasaran tempatan yang akan hadir bersama Lenovo AI Now ini.



