Hos AI Google NotebookLM Kini Boleh Membincangkan Topik Secara Lebih Spesifik

TechnologyDigital
18 Oct 2024 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google NotebookLM adalah ciri kecerdasan buatan generatif paling menarik pernah saya gunakan. Ia boleh mengubah nota, dokumen, laman web, fail audio atau video YouTube menjadi perbincangan topik menarik oleh dua hos AI. Terbaru, dua ciri tambahan telah disertakan.

image is not available

Pertama adalah Customize, iaitu butang yang membolehkan pengguna memberi arahan tambahan kepada hos AI yang akan membincangkan sumber nota, teks, audio atau video untuk fokus ke topik yang spesifik. Misalnya, anda boleh arahkan hos AI untuk kupaskan lebih mendalam bahagian bateri sahaja berdasarkan artikel ulasan BMW CE 02 – hos AI ini hanya akan menyentuh mengenai bateri dan tidak akan meleret dengan bahagian lain.

image is not available

Kemudian, Google turut mengumumkan penawaran pelan perniagaan NotebookLM Business selepas mendapati lebih 80,000 organisasi menggunakan ciri AI generatif serba unik ini. Pelan perniagaan ini akan memberi pengguna akses kepada ciri baharu, sokongan emel yang pantas serta latihan penggunaan. Tiada harga dan pelan diumumkan buat masa ini.