ROG Phone 7 akan dilancar pada 13 April, bakal raja telefon gaming baru?

Digital
24 Mar 2023 • 6:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Asus Republic of Gamer (ROG) terkenal dengan pelbagai produk berkaitan gaming. Malah, mereka adalah peneraju dalam arena telefon pintar gaming, ROG Phone. Kini, ROG mengesahkan tentang pelancaran model baru untuk menggantikan barisan ROG Phone 6 yang dilancar tahun lepas.

Asus ROG mengumumkan bahawa ROG Phone 7 akan dilancar di pentas antarabangsa pada hari Khamis, 13 April 2023. Orang ramai boleh menonton pelancaran ini secaran langsung di YouTube Asus ROG, bermula pukul 8 malam waktu Malaysia.

Sebagai rujukan, Asus ROG melancarkan beberapa varian untuk ROG Phone 6 iaitu ROG Phone 6, ROG Phone 6 Pro, ROG Phone 6D, ROG Phone 6D Ultimate, ROG Phone 6 Edisi Batman dan ROG Phone 6 Edisi Diablo Immortal.

Apa ada dalam ROG Phone 7?

image is not available

Setakat ini, masih tiada maklumat rasmi tentang spesifikasi ROG Phone 7. Laman pelancaran ROG Phone 7 juga hanya menunjukkan nombor 7 dan beberapa gambar ‘Coming Soon’.

Tetapi sudah ada beberapa maklumat ditemui di tempat lain. Antaranya di laman penanda aras Geekbench. Sudah ada model ROG Phone 7 di sana, dan ia menyenaraikan SoC Snapdragon 8 Gen 2 4nm serta RAM 16GB.

image is not available

Laman pensijilan TENAA pula menyenaraikan ROG Phone 7 dengan bateri 5,850mAh, dijangka akan dipasarkan sebagai bateri 6,000mAh. Maknanya, tiada perubahan berbanding model sebelum ini.

Manakala di laman 3C, ia meletakkan kuasa pengecas yang disokong setinggi 65W. Satu lagi perkara yang telah lama sedia ada di beberapa model ROG Phone sebelum ini.

image is not available

Selain itu, kita boleh jangkakan ia sekurang-kurangnya memiliki spesifikasi yang serupa atau lebih daripada ROG Phone 6. Antaranya skrin AMOLED 6.78-inci HD Penuh 165Hz, butang bahu ultrasonik, speaker stereo menembak ke hadapan, tiga kamera belakang dan kamera hadapan di luar bahagian skrin.

[Sumber: Asus ROG]

Bacaan Berkaitan