Leona Lebih Tertarik Dengan Lelaki Berusia & Botak - “Saya Mempunyai Malam Yang Gila…”

22 May 2025 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial, Karis Iris Leona atau lebih dikenali sebagai Leona mengakui dia tidak tertarik dengan lelaki muda.

Lelaki berusia & botak

Sebaliknya pempengaruh berusia 23 tahun ini berkata dia kini lebih tertarik dengan lelaki berusia dan berimej botak.

 

“Korang, tolong beritahu saya kenapa jenis lelaki yang saya suka adalah lelaki berusia dan botak. Bila saya tengok lelaki muda, saya tidak tertarik kepada mereka.

 

“Saya berfikiran mereka hanyalah kanak-kanak. Tetapi lelaki yang lebih tua.. (sambil gelak),” katanya.

Malam yang gila

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu berkata dia melalui satu malam yang agak ‘gila’ dan dirinya sendiri terkejut dengan apa yang berlaku.

 

“Saya mempunyai malam yang ‘gila’. Saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

 

Bagaimanapun, dia enggan menceritakan lebih lanjut kerana merasakan sekarang bukanlah masa yang sesuai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak menafikan pendapat Leona.

 

Segelintir mereka berasakan lelaki tidak berambut lebih menarik selain turut memberi contoh beberapa nama selebriti berimej botak daripada luar negara.