Leonardo sumbang emas pertama Indonesia

8 Aug 2024 • 9:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Leonardo Veddriq menyumbang pingat emas pertama Indonesia di Olimpik paris 2024. Foto EPA

image is not available
Veddriq Leonardo meraikan kejayaannya merangkul pingat emas acara memanjat dinding di Le Bourget pada Khamis. Foto AFP

image is not available
Veddriq melakar masa terpantas untuk meraih emas acara memanjat dinding di Olimpik Paris 2024. Foto AFP

ATLET mendaki dinding Indonesia, Leonardo Veddriq menyumbang pingat emas pertama negaranya di Olimpik Paris 2024 selepas mengungguli acara memanjat dinding lelaki pada Khamis.

Leonardo melakar masa terpantas 4.75 saat (s) untuk menewaskan pemenang pingat perak dari China, Wu Peng (4.77s), manakala wakil Amerika Syarikat (AS), Sam Watson meraih gangsa.

Meskipun memulakan pendakian dengan lambat, Veddriq yang merupakan bekas pemegang rekod dunia menampilkan ketenangan untuk memintas Wu Peng dalam acara yang berlangsung di Le Bourget, Paris itu.

Secara keseluruhan, Indonesia telah meraih sembilan pingat emas dalam sejarah penyertaannya di Olimpik sejak 1952 di Helsinki, Finland.

Selain Indonesia, dua lagi wakil Asia Tenggara iaitu Filipina dan Thailand turut meraih emas di Olimpik Paris 2024.

Filipina meraih dua emas menerusi gimnas lelaki sensasinya, Carlos Yulo, manakala Thailand menerusi atlet taekwando, Panipak Wongpattanakit yang mempertahankan emas dimenanginya di Olimpik Tokyo 2020.

Malaysia setakat ini meraih dua gangsa dan harapan emas kini disandarkan kepada pelumba basikal trek, Datuk Azizulhasni Awang yang akan beraksi dalam acara kegemarannya - keirin pada Sabtu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved