Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati ‘Sunset’ Dan ‘Nightlife View’ Di Sibu

24 Sep 2022 • 2:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lepak atas cruise dengan harga murah

Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati ‘Sunset’ Dan ‘Nightlife View’ Di Sibu. Sebut sahaja perkataan cruise, pasti anda akan terbayang sebuah percutian menarik di atas sebuah kapal mewah sambil menikmati sunset dan nightlife view di sekeliling anda. Namun anda terpaksa melupakan hasrat tersebut dek kerana kekangan kewangan anda.

image is not available
Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati ‘Sunset’ Dan ‘Nightlife View’ Di Sibu. Kredit foto: Sibu River Cruise

Kini, anda tidak perlu risau. Anda juga boleh merasai pengalaman menaiki cruise dengan tawaran harga yang berpatutan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam dan suasana malam hari di bandar Sibu.

Sibu River Cruise baru-baru ini menawarkan pakej sunset cruise dan sightseeing cruise kepada warga Sibu dan pelancong yang datang untuk menikmati pemandangan ‘sunset’ dan keindahan malam hari di bandar Sibu.

Harga dan waktu operasi

Jika anda sedang mencari lokasi untuk bersantai ataupun ‘melepak’ bersama rakan-rakan anda, pastinya Sibu River Cruise ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Bukan sahaja boleh bersantai anda juga boleh menenangkan fikiran dengan belayar melihat pemandangan di sekitar Sibu.

Difahamkan, harga terkini yang ditawarkan juga tidaklah begitu mahal dengan bayaran hanya serendah RM 15 seorang.

image is not available
Kredit foto: Sibu River Cruise

Namun, pihak Sibu River Cruise ini hanya beroperasi pada hari jumaat, sabtu, ahad dan cuti umum.

Pakej yang ditawarkan

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman matahari terbenam anda boleh menempah pakej sunset cruise di mana anda akan dibawa berlayar dari jam 6:30 petang hingga 7:30 malam selama satu jam.

image is not available
Kredit foto: Sibu River Cruise

Manakala, sekiranya anda ingin melihat bandar Sibu anda boleh menempah pakej sightseeing cruise dan anda akan dibawa ‘meronda’ di mercu-mercu tanda Sibu di sekitar Sungai tersebut.

Jangan lupa tempah tiket anda bersama orang tersayang untuk nikmati permandangan atas cruise dengan harga yang berpatutan.

Tempahan tiket boleh dibuat di sini.

Sekiranya anda ke Sibu jangan lupa singgah di sini juga: