Lepas Berbaik Dengan Suami, Lesti Kejora Dikatakan Hamil Anak Kedua

Entertainment
1 Nov 2022 • 11:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini kecoh diperkatakan mengenai rumahtangga pasangan sensasi Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar apabila Lesti membuat laporan polis akibat dipukul suami.

Lesti yang pada awalnya trauma akhirnya membuat keputusan memaafkan suami dan kembali berbaik.

Terbaru, penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Sekali Seumur Hidup itu dikatakan sedang hamil anak kedua. Dakwaan hamil ini juga dikatakan menjadi punca Lesti tarik balik report polis yang dibuatnya sebelum ini.

Peguam Lesti iaitu Sandy Arifin bagaimanapun hanya tersenyum dan enggan mengulas lanjut khabar angin tersebut. Dia mengaku masalah suami isteri itu sudah selesai dan mereka semakin baik.

Pengurus pasangan itu ketika dihubungi wartawan berkata dia belum tahu mengenai khabar itu. Jika benar, dia mendoakan semoga orang ramai dapat doakan yang baik-baik.

Pasangan itu juga dilihat dah kembali tunjuk kemesraan dekat umum. Apa-apa pun kita tunggu pengesahan tuan badan sendiri.

Itulah asam garam rumah tangga namanya kan? Gaduh-gaduh tiba-tiba hamil pulak..

Kredit: Detik Hot

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.