Lepas Doakan Musibah Dekat Konsert Blackpink, Warganet Anggap Kenyataan PU Syed Makin Melampau

Entertainment
7 Mar 2023 • 6:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi terkenal dari Korea Selatan, Blackpink telah melangsungkan konsert di Malaysia pada 4 Mac lepas di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Umumnya mengetahui bahawa sebelum konsert itu berlangsung, ia mendapat tentangan hebat daripada seorang pendakwah bebas, PU Syed dengan menggesa agar konsert itu dibatalkan.

 

“Kelak kami juga mampu ketawa seperti kalian, di sana” – PU Syed

Sebelum konsert tersebut berlangsung, PU Syed ada membuat satu kenyataan di Facebook miliknya, dia menzahirkan rasa terkilan konsert tersebut tetap dijalankan biarpun di Johor, Pahang dan Sarawak kini sedang mengalami bencana alam iaitu banjir yang teruk.

“Bala bencana hadir silih berganti..namun manusia masih lagi seronok menabur maksiat di mana-mana sahaja. Tak terdaya nak halang.”

Disebabkan itu, PU Syed memohon agar banjir yang melanda itu dialihkan ke lokasi konsert supaya mereka yang menghadirinya ‘berhibur’ dalam keadaan banjir.

Johor dan Pahang serta sarawak tengah bersedih asbab banjir..Konsert Black Pink tetap terus dianjurkan!! Bala bencana…

Posted by PU Syed on Friday, March 3, 2023

Terpanggil dengan respon tersebut, PU Syed menerusi Facebooknya menunjukkan bahawa dia telah menerima banyak kritikan dan kecaman daripada warganet.

Bahkan, dia juga disindir oleh salah seorang penonton yang menghadiri ke konsert tersebut mengenai perihal cuaca sewaktu konsert itu sedang berlangsung.

Terpanggil dengan sindiran itu, PU Syed tampil memberikan respon bahawa dirinya tidak kisah ‘diketawakan’ oleh mereka yang menyindirnya kerana baginya dia akan juga mampu ketawa seperti mereka ‘kelak’.

Bergelak ketawalah kalian sepuas² hati kalian..Kelak kami juga mampu ketawa seperti kalian..di sana..Cukup ramai fans kumpulan KPOP ni DM ambe dgn kata² ejekkan, caci maki..#AdeAmbeTakut

Posted by PU Syed on Sunday, March 5, 2023

Kenyataanya itu telah meraih lebih daripada 1,400 jumlah perkongsian di Facebook dan ianya tular sehingga ke Twitter dan majoriti warganet yang bukan terdiri daripada peminat K-Pop ini menyifatkan tindakan PU Syed, atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak dianggap keterlaluan.

Sahabat nabi yang dijamin syurga pun tidak pernah mendabik dada seperti ini – Netizen

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Tweet tersebut telah meraih lebih daripada 2,800 jumlah retweets dalam masa 5 jam. Ramai netizen kurang gemar dengan cara teguran PU Syed. Mungkin dia ada cara dia kot, husnuzon.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.