Lepas ini kena pamerkan sijil halal pembekal ayam

LocalOpinion
6 Nov 2026 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lepas ini kena pamerkan sijil halal pembekal ayam
Pengguna bukan sekadar mahu ayam yang segar dan bersih tetapi juga mahu yakin bahawa sumbernya diyakini halal.

AYAM antara lauk yang paling dekat dengan kehidupan Merak Jalanan. Ada yang digoreng, dibakar, dimasak kari atau dijadikan sup. Pendek kata, ayam memang mudah ditemui di meja makan kita.

Sebab itulah isu pusat sembelihan ayam yang disiasat kerana didakwa beroperasi tanpa sijil halal dan tidak mematuhi prosedur sembelihan menimbulkan kebimbangan.

Pengguna bukan sekadar mahu ayam yang segar dan bersih tetapi juga mahu yakin bahawa sumbernya diyakini halal.

Merak Jalanan tidak mahu menghukum semua peniaga. Ada yang mungkin membeli bekalan daripada pembekal tanpa mengetahui masalah yang berlaku di peringkat penyembelihan. Namun, insiden ini wajar menjadi peringatan bahawa rantaian bekalan ayam perlu lebih telus.

Mungkin sudah tiba masanya premis yang menjual ayam mentah dan kedai makan yang menyediakan hidangan ayam mempamerkan maklumat pembekal serta sijil halal sah. Pengguna juga perlu diberikan cara mudah untuk menyemak maklumat tersebut.

Cadangan ini bukan bertujuan menyusahkan peniaga. Sebaliknya, ia boleh bantu membina keyakinan pelanggan dan mendorong semua pihak lebih bertanggungjawab terhadap sumber makanan yang dijual.

Kalau daging import perlu melalui proses pengesahan dan pemantauan halal, bekalan ayam tempatan juga wajar diberikan perhatian sama. Yang penting, mekanisme itu jelas, mudah disemak dan tidak mengelirukan pengguna.

Jangan tunggu ayam sudah masuk kuali, baru kita tertanya-tanya dari mana datangnya. Soal halal bukan perkara yang boleh diselesaikan dengan ‘aku yakin halal’.

Kalau peniaga yakin dengan sumber bekalan mereka, pamerkan buktinya. Kita berhak tahu apa yang masuk dalam perut kita.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved