Lepas Insiden Axia Merah, Bezza Merah Pula Buat Onar ‘Dia Sakit’ Dalam Kereta

Local
21 Aug 2023 • 2:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Satu lagi ‘tragedi’ tular di media sosial mengenai ‘dia sakit’ buat onar dalam kereta

Lepas Insiden Axia Merah, Bezza Merah Pula Buat Onar ‘Dia Sakit’ Dalam Kereta. Susulan kejadian ‘bulan sabit merah’ atau ‘dia sakit’ menjadi tular di media sosial tahun ini, mengenai pasangan remaja yang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta Perodua Axia berwarna merah.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu lagi hantaran menjadi viral apabila satu pasangan didakwa membuat ‘onar’ di dalam kenderaan Perodua Bezza, yang juga berwarna merah.

image is not available
Sumber: facebook

Perkongsian video itu meraih perhatian ramai

Menerusi perkongsian seorang individu di laman Facebook ‘My Sabah’ itu, dia berseloroh dan menyatakan bahawa kejadian itu adalah sarapan pagi buat pasangan di dalam kenderaan itu.

“Lain macam sarapan kamu ni, goyang sis semongko,” ujarnya menerusi kapsyen di aplikasi Facebook.

Dalam pada itu, individu tersebut juga tidak memaklumkan atau merahsiakan tempat kejadian bagi mengelakkan kesalahfahaman dan tidak mahu membuka ‘aib’ pasangan tersebut.

Ramai netizen berseloroh mengenai kejadian tersebut

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mengatakan bahawa kejadian ini seperti ‘dia sakit 3.0’.

image is not available
Sumber: facebook

Bukan itu sahaja, ramai turut berseloroh dan berkata, kemungkinan pasangan tersebut sedang parking kereta dan masukkan gear atau tidak menarik handbreak.

Untuk makluman, sebelum ini pernah tular kejadian yang sama dengan menggunakan jenama Perodua yang sama, namun kenderaan yang berbeza seperti Axia, Myvi dan kali ini adalah Bezza.

Baca juga artikel yang berkaitan:

View Original Article