
Dah banyak kes yang kita dengar tentang sikap penduduk pangsapuri yang pentingkan diri sendiri dengan membuat pengubahsuaian di rumah mereka sehingga menyusahkan penghuni lain.
Belum dikira lagi dengan kes ‘chup’ tempat parkir kereta sehingga menimbulkan pergaduhan.
Kali ini, tular pula kes di mana seorang penghuni pangsapuri yang membina bangsal yang lengkap dengan kunci mangga untuk meletakkan kereta.
Gambar bangsal kereta itu telah dikongsikan di group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini baru-baru ini.

Dalam gambar yang dikonsikan itu, dapat dilihat bahawa saiz bangsal itu agak besar dan mungkin boleh memuatkan hingga dua buah kereta.
Tindakan penghuni pangsapuri itu telah dikecam oleh warganet di Facebook kerana dilihat mementingkan diri sendiri.



Netizen turut menggesa jiran dan penduduk lain di pangsapuri itu untuk melaporkan tentang perkara itu kepada pihak yang berkenaan.
Dalam masa yang sama, ada juga yang bersangka baik mungkin pemilik bangsal tersebut telah membayar sewa bulanan untuk menggunakan kawasan parkir itu.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

