Lepas Isu Jalur Gemilang Terbalik, Lee Zii Jia ‘Check’ Jersi Sebelum Pakai

Entertainment
13 Dec 2024 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dilihat berhati-hati apabila mengenakan pakaiannya.

Hal ini dikongsikan oleh peminat badminton ketika pemain nombor 8 dunia itu sedang menukar pakaiannya dalam aksi perlawanan menentang wakil Denmark, Anders Antonsen, malam tadi.

Menerusi video yang dikongsikan itu, Zii Jia dilihat sedang memeriksa jersi yang dipakainya, tidak seperti perlawanan sebelum ini.

“LZJ mara ke semifinal despite all the kecaman from netizen yang tidak bijak menggunakan otak mereka,” tulis pengguna media sosial.

@zj___iykmn

lzj mara ke semifinal despite all the kecaman from netizen yang tidak bijak menggunakan otak mereka credit vd to bwf #leeziijia #bwfworldtourfinal #worldtourfinal2024 #badminton #fyp #fypシ゚

♬ suara asli – fredd – fredd

Kontroversi yang tercetus ini bagaimanapun tidak menghalang pemain berusia 26 tahun itu apabila dia berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di China.

Peminat pertahan Zii Jia tak sedar bendera terbalik

Selepas heboh isu terbabit, peminat Zii Jia tampil mempertahankannya dengan mendakwa pemain itu tidak menyedari Jalur Gemilang dicetak terbalik pada bajunya.

Kata mereka, Zii Jia hanya memberikan fokus pada tugasnya sebagai atlet dan tidak terlibat dalam reka bentuk pakaian tersebut.

Justeru, peminat berpendapat adalah tidak adil untuk menyalahkan atlet itu semata-mata kerana kecuaian pihak penaja.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.