
Inilah yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Tak cukup dengan kehilangan ayah, seorang anak yatim mendedahkan telah ditinggalkan ibu yang mengundang sebak netizen.
Menerusi video yang dikongsikan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Faiz meluahkan rasa sunyi dan dahagakan kasih ibu selepas ditinggalkan di rumah ibu saudara.
Katanya, ibu kandungnya telah menghilangkan diri sejak dia kecil dan kini telah berkahwin dengan lain.
Mak saya sambung belajar dan lepas itu dia tak datang ambil saya.
Dia berkahwin lain, dia taknak datang ambil saya. Dia tinggal saya dekat rumah mak saudara saya.
Lebih menyedihkan Faiz dilihat seolah-olah menaruh harapan dan setia menunggu kehadiran ibu.
Saya tak tahu bila dia nak ambil saya, walaupun dia tahu saya ada.
Dia tinggal saya macam tu je. Dia tak kisah pasal saya.
Hasil pemerhatian kami, video tersebut telah dipadam namun dikongsikan di aplikasi X oleh seorang pengguna yang turut terkesan dengan situasi Faiz.
Sementara itu di ruangan komen, ramai netizen akui simpati dengan nasibnya dan mendoakan supaya Faiz boleh membesar dan berjaya dalam kehidupan.


Allahu.. Kesiannya tengok dia rindukan kasih seorang ibu. Walaupun dah ditinggalkan lama, dia masih setia menunggu. Semoga dia tabah hadapi semua ujian ni.

Jap!



